Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dato’ Lim Seng Kok (tiga, kanan) menunjukkan buku mewah GM Klang pada majlis pelancarannya di pusat pemborong GM Klang di Klang pada 4 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

GM Klang pusat promosi produk tempatan

KLANG, 4 MAC: Pengusaha industri negeri ini diseru mengembangkan pasaran produk masing-masing bagi memenuhi permintaan tempatan ekoran pengeluaran barangan dari China terjejas teruk akibat wabak Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kewujudan pusat pemborong seperti GM Klang boleh membantu pengusaha kecil dan sederhana memasarkan barang mereka dengan lebih berkesan.

“Ada hikmah di sebalik penularan Covid-19 kerana ia membuka ruang kepada syarikat tempatan khususnya bidang pembuatan mengeluarkan produk setanding dan boleh menyaingi produk dari China,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Mewah GM Klang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan GM Klang, Dato’ Lim Seng Kok.

Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa meninjau ruang niaga pusat pemborong GM Klang di Klang pada 4 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Beliau berkata pusat pemborong GM Klang turut menjadi perantara untuk pengusaha tempatan mempromosi produk mereka secara meluas.

Terdahulu, Amirudin menyempurnakan pelancaran buku mewah GM Klang setebal 69 muka surat untuk berkongsi kisah jatuh bangun gedung beli-belah yang ditubuhkan pada 2009.

Buku  berbentuk dokumentasi yang memaparkan pelbagai gambar dari permulaan pembukaan GM Klang akan dijadikan cenderamata kepada rakan niaga, badan bukan kerajaan dan pelawat dari negara asing yang berkunjung ke pusat pemborong berkenaan.


Pengarang :