Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di Pusat Pemborong GM Klang, Klang pada 4 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pakatan Selangor capai muafakat politik dalam 24 jam

KLANG, 4 MAC: Pimpinan Pakatan Harapan (Pakatan) Selangor mencapai kata muafakat dalam tempoh 24 jam sekalipun pergolakan politik berlaku pada peringkat Persekutuan, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar yang juga pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, berkata kesepakatan itu juga membolehkan Kerajaan Negeri meneruskan agenda rakyat seperti biasa.

“Kita bersyukur keadaan di Selangor kembali stabil di saat beberapa buah negeri masih berhadapan ketidaktentuan,” katanya selepas melancarkan Buku Mewah GM Klang di Pusat Pemborong GM Klang hari ini.

Pada 25 Februari lalu, Amirudin bersama Pengerusi Amanah, Ir Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi meneruskan mandat rakyat.


Pengarang :