Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempamerkan antara barangan persiapan raya yang ditawarkan pada program Jualan Amal Istimewa sempena Kempen Rioooh Raya GM Klang 2023 yang berlangsung dari 7 sehingga 9 April 2023 di GM Klang. Foto Ihsan GM KLANG
AGENSISELANGOR

GM Klang-UiTM anjur jualan amal istimewa, tawar harga serendah RM10 sempena Aidilfitri

Oleh DIANA ABD WAHAB

KLANG, 7 APRIL: Pusat Borong GM Klang dengan kerjasama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologit Mara (UiTM) menganjurkan Jualan Amal Istimewa mulai hari ini sehingga Ahad.

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman berkata jualan sempena Kempen Rioooh Raya GM Klang dari 10 pagi hingga 6 petang itu menyediakan barangan raya seperti baju, biskut, kelengkapan rumah dan aksesori wanita serendah RM10.

“Apa yang menarik kita tampilkan produk-produk raya daripada peniaga di GM Klang yang ditawarkan dengan harga istimewa yang tidak boleh didapati di kedai selain adakan promosi menarik.

“Lebih istimewa produk ini dijual pelajar UiTM sekali gus beri pendedahan kepada mereka bagaimana jalankan perniagaan dan promosikan produk di bawah jagaan mereka kepada pelanggan yang ingin mendapatkan barangan persiapan raya,” katanya.

Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka pada program Jualan Amal Istimewa sempena Kempen Rioooh Raya GM Klang 2023 pada 7 April 2023. Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI

Bercakap kepada media pada pelancaran Jualan Amal Istimewa sempena Kempen Rioooh Raya GM Klang 2023 di sini hari ini, Norsuhaida berkata sebahagian hasil jualan amal didermakan kepada badan kebajikan terpilih.

“Kita akan demakan hasil jualan selepas kumpulkan sumbangan daripada semua peniaga yang terlibat,” katanya yang menyasarkan kutipan lebih RM10,000 memandangkan ia berlangsug pada cuti umum Nuzul al-Quran.

Jelasnya sasaran itu mampu dicapai memandangkan lebih 20,000 pengunjung datang ke pusat beli-belah terbabit pada setiap hujung minggu untuk membeli persiapan raya.

Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka pada program Jualan Amal Istimewa sempena Kempen Rioooh Raya GM Klang 2023 pada 7 April 2023. Foto DIANA ABD WAHAB/SELANGORKINI

Pengarang :