Isu Teoh Beng Hock: Tempoh 14 Hari Untuk Keluarga Buat Rayuan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Isu Teoh Beng Hock: Tempoh 14 Hari Untuk Keluarga Buat Rayuan

PUTRAJAYA 2 FEB : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak kebenaran membuat semakan kehakiman berhubung keputusan terbuka inkues kematian mendiang.

“Jadi Mahkamah hari ini bersetuju untuk memberikan kami kebenaran untuk membawa isu undang-undang ini untuk kami mendapatkan satu keputusan berkenaan perkara berkenaan,” jelas peguam keluarga mendiang, Gobind Singh Deo.

Sehubungan itu, pihak keluarga Beng Hock diberi masa selama 14 hari untuk memfailkan notis rayuan bermula daripada hari ini dan mahkamah akan mengumumkan tarikh perbicaraan.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan moral ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, NUrul Izzah.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran anak mendiang Beng Hock yang baru mencecah usia 2 tahun selain kehadiran kedua ibubapa dan keluarga mendiang.

Selain itu, puluhan penyokong juga turut hadir memakai t-shirt dan banner tertera kata-kata sokongan demi menegakkan keadilan dalam perbicaraan kes kematian mendiang Beng Hock.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION