Mohamad Nur: BN Takut Isytihar Harta Kerana Banyak Rasuah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Mohamad Nur: BN Takut Isytihar Harta Kerana Banyak Rasuah

SHAH ALAM 2 FEB : Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata keengganan dan ketakutan pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengistiharkan harta mereka serta keluarga mereka disebabkan amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan sejak sekian lama.
Menurut beliau cadangan pengisytiharan harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada semua pemimpin negara serta keluarga mereka merupakan satu langkah baik dalam membuktikan ketelusan kepada rakyat.

Katanya, amalan ini sudah menjadi kebiasaan di barat dan perkara ini tidak bertentangan dengan prinsip Islam yang menganjurkan sikap amanah dan ketelusan menjadi seorang pemimpin.

“Tidak patut pimpinan Umno berasa khuatir dan takut serta menggunakan alasan kononnya boleh melibatkan persoalan keselamatan negara.


“Kalau pemimpin yang bersih dan memperoleh sumber harta yang halal, tidak akan timbul kebimbangan untuk mengumumkan harta mereka.

“Persoalannya mengapa pemimpin-pemimpin kerajaan takut untuk istihar harta mereka, setentunya ada sesuatu yang tidak kena dengan harta-harta yang diperoleh tersebut,

“Rakyat sebenarnya menunggu-nunggu pimpinan Umno mengisytiharkan harta mereka dan kita dapat melihat bagaimana pimpinan kerajaan Pulau Pinang berbuat demikian baru-baru ini dan ianya menambahkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Mantan Perdan Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat cadangan ini adalah wajar dilakukan namun maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa pengisytiharan harta menteri dan ahli keluarga mereka akan ‘mengundang bahaya’.

Sebelum ini isu politik wang yang menjadi barah dalam setiap kali pemilihan dalam perhimpunan Agung Umno yang melibatkan puluhan juta ringgit.

Amalan rasuah, sogokan dan salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan Umno/BN juga bukan lagi sesuatu yang mustahil lagi.

Manakala kebocoran dan ketirisan wang rakyat sebanyak RM24 bilion setiap tahun sebagaimana di umumkan ketua Audit negara menunjukkan betapa amalan tidak bermoral dikalangan pemimpin-pemimpin Umno/BN sudah berleluasa sejak sekian lama.

Justeru pelbagai alasan diberikan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN termasuk Dr Mahathir untuk mengelak dari rakyat mengetahui kekayaan serta punca kekeyaan mereka sememangnya sudah dijangkaan.

Tambah Dr Mohamad Nor, pemimpin Umno sepatutnya insaf dengan tuntutan rakyat sekiranya mereka benar-benar telus.

Jika perkara ini dilaksanakan di negara ini, bukan sesuatu yang ganjil malah menambahkan keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Memandangkan sistem masyarakat yang semakin kompleks masa selain mewujudkan satu sistem pemerintahan yang stabil, beliau mencadangkan agar perkara ini dijadikan sebagai polisi bersama Pakatan Rakyat tidak kira di peringkat pusat mahupun negeri.

“Sebaik-baiknya pengisytihaaran harta ini dibuat setiap tahun memandangkan pemimpin itu memperoleh pendapatan dan elaun tetap. Ini memberikan keyakinan dan bukannya gimik dalam menunjukkan contoh pentadbiran di negara ini,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION