Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

AMK Puchong Daftar 4,000 Pengundi Baru

SHAH ALAM, 18 APRIL : Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman bakal berdepan dengan jalan sukar untuk mempertahankan kerusi DUN yang disandangnya, Seri Serdang untuk Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila melihat peningkatan pengundi yang mendadak dicatatkan oleh Pakatan Rakyat di kawasannya.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Puchong sekurang-kurangnya berjaya mendaftar 4,000 pengundi baru sehingga suku tahun pertama tahun 2012.

Naib Ketua AMK Selangor, P.Saravanan berkata pihaknya sedang giat melipat gandakan usaha bagi mencapai sasaran 1,000 pengundi lagi untuk didaftarkan sebelum tempoh pilihanraya.

Saravanan menambah, pertambahan pengundi ini bakal memberi tamparan hebat kepada Umno-BN apabila terpaksa mengekalkan kerusi pemimpin harapan mereka pada Pilihanraya Umum akan datang.

“Saya percaya DUN Seri Serdang akan menjadi panas pada PRU-13 kerana adunnya adalah ketua pembangkang Selangor yang¬† dahulunya hanya memenangi kerusi ini dengan perbezaan 45 pengundi untuk menewaskan calon PAS hanya dengan perbezaan 45 pengundi.

“Kini pengundi baru dari kalangan anak muda dan pertengahan memberi reaksi positif untuk terus bersama kita.

“Perlu diingatkan, bahawa Satim hanya menang pada PRU-12 dengan menewaskan calon PAS dengan hanya kelebihan 45 undi,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Saravanan yakin dengan usaha giat mereka selama ini mendekati dan menyantuni masyarakat akan disempurakan dengan undian berpihak kepada Pakatan Rakyat.


Pengarang :