Kerajaan Kurang Tumpuan Untuk Pendidikan Percuma | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kerajaan Kurang Tumpuan Untuk Pendidikan Percuma

SHAH ALAM, 11 APR : Kerajaan persekutuan disarankan supaya memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dengan meletakkannya ke tahap tertinggi kerana ia adalah aset negara.

Timbalan Presiden Gerakan Mansuh Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Profesor Shahril Md Zain berkata, wang yang dimiliki kerajaan seharusnya disalurkan kepada bidang pendidikan yang kurang diberi keutamaan selama ini.


Menurutnya, prioriti rendah dari sudut pendidikan mengakibatkan pelajar termasuk ibu bapa terpaksa menanggung beban tinggi bagi membayar yuran dan menyelesaikan hutang selepas tamat pembelajaran.

“Biasanya pendidikan ini prioritinya adalah rendah, maka itu yang menjadi isu. Negara kita bukan di peringkat universiti pun tidak diberikan pendidikan secara percuma. Itu yang kadang-kadang kerajaan lupa.

Pendidikan sebelum universiti (sekolah rendah dan menengah) juga tidak seperti yang digembar-gemburkan percuma kerana banyak yuran yang perlu dibayar. Jadi ibu bapa masih lagi terbeban,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya berusaha memberi pendidikan percuma kepada pelajar bermula dari peringkat awal (sekolah rendah) sehingga ke pengajian tertinggi (universiti).

Jelasnya, sekiranya pendidikan itu menjadi prioriti terpenting dalam sesebuah institusi negara, maka kerajaan perlu berusaha ke arah itu.

Tegasnya, isu negara bakal muflis sekiranya pendidikan percuma diberikan juga tidak timbul sekiranya peruntukan negara diurus dengan betul.

“Perkara ini sebenarnya bergantung kepada kerajaan yang memerintah. Kalau kerajaan meletakkan prioriti pendidikan itu tinggi, maka prioriti berkenaan hal lain perlu diturunkan atau dikurangkan. Sekiranya ia berlaku, isu negara bakal muflis tidak akan timbul,” ujarnya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION