Shuhaimi: Tengku Adnan Buta Fakta | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Shuhaimi: Tengku Adnan Buta Fakta

SHAH ALAM 24 APR : Kenyataan bongkak Setiausaha Agong Umno, Tengku Adnan Mansor bahawa parti berkenaan bakal menakluki Selangor pada pilihanraya akan datang boleh diibaratkan sebagai mimpi di siang hari.

Tegas Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei, kenyataan terbaru yang dilemparkan Umno/BN juga bersifat buta fakta dan data.

“Beliau bercakap tiada asas kajian langsung selain kata-kata penyedap sekadar untuk mengampu pemimpin atasan selain memujuk diri sendiri dan ahli-ahli yang lain.


“Sedangkan kebolehan Pakatan Rakyat mengurus negeri Selangor diterjemahkan atas kertas dengan rezab RM 1.9 billion, hasil bahan batuan atau pasir meningkat berpuluh kali ganda dan pengurusan sampah kini menjimatkan wang negeri hampir RM 20 juta setahun,” ulas Shuhaimi merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sebuah akhbar.

Menurut Shuhaimi lagi, rakyat kini bijak menilai yang mana satu intan, yang mana satu kaca antara pentadbiran PR dan Umno/BN.

“Rakyat tahu Umno/BN itu tidak boleh dipisahkan daripada kronisme dan rasuah, berbeza dengan pentadbiran PR kini yang lebih terbuka dan telus,” kata beliau lagi.

Tambah Shuhaimi, kenyataan ‘over-confident’ dan bongkak Tengku Adnan itu akan membuatkan Umno/BN bukan sekadar melopong memegang Selangor, malah lebih teruk bakal kehilangan Putrajaya.

“Dulupun masa tahun 2007 Umno/BN keluar kenyataan Selangor akan sifar pembangkang tetapi ternyata PRU 12, mereka bungkus.

“Kini sejarah akan berulang lebih-lebih lagi dengan kenyataan tak masuk akal Umno/BN menyatakan rakyat muak dengan PR sedangkan rakyat kini bukan sekadar dari Selangor malah seluruh negara kini bersedia menamatkan riwayat mereka pada PRU akan datang,” ujar Shuhaimi yang juga Adun Sri Muda.

Sebelum ini bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengeluarkan kenyataan bahawa Selangor, Pulau Pinang dan Kedah akan kekal ditangan Pakatan Rakyat.

Menurut Daim lagi hanya Johor dan Pahang yang diyakini akan dikuasai BN sedangkan negeri-negeri lain berada dalam keadaan kritikal.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION