NASIONAL

Tony Phua: Projek Kroni Zaman Najib lebih Buruk

SHAH ALAM 8 APRIL : Tranformasi Kerajaan yang ingin membawa persekitaran ekonomi baru yang kukuh dengan menghapuskan amalan kroni dan rasuah ternyata sebagai ucapan politik semata-mata.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian bagi mengambarkan hipokrasi kerajaan hari ini dalam menjanjikan sesuatu yang indah kepada rakyatnya.

Sebelum ini kebanyakan projek-projek lebuhraya samaada di era Tun Abdullah dan Dr Mahathir amalan memberi projek kepada para kroni telah menjadi budaya kepada kerajaan.

Malah wawasan tranformasi Perdana Mneteri Najib Razak juga meneruskan segala legasi tidak bermoral tersebut secara lebih menebal berbanding terdahulu

“Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dibina pada tahun 2004 dengan kos RM 1.32 billion dan di swastakan kepada ‘tauke’ melayu, Tan Sri Abu Said Mohamad.

“Malangnya, kerajaan ketika itu memberi geran sebanyak RM976.7 juta, ini bermaksud hampir 74 peratus kos pembinaan kerajaan yang bayar menggunakan duit rakyat untuk kroninya, dan apabila siap, rakyat juga yang kena bayar untuk menggunakan lebuhraya itu,”jelas Pua.

Menurut Pua, sikap untungkan kroni ini terus diwarisi oleh Najib apabila Lebuhraya Pantai Barat yang sedang dibina ini menerima habuan yang sama.

“Kerajaan telah memberikan projek bernilai RM3 billion ini kepada sebuah syarikat kecil pada tahun 2007 dengan konsesi selama 33 tahun, bila syarikat ini tidak layak membuat pinjaman dari bank, rundingan semula dilakukan.

“Runding sehingga tiga tahun, bawah kerajaan Najib hari ini, projek bernilai RM3 billion meningkat kepada RM7.1 billion dengan jangka masa konsesi 60 tahun, sekali lagi syarikat kroni dibantu dengan pinjaman kerajaan sebanyak RM22 billion dengan faedah serendah 4 peratus sahaja. Inikah yang dikatakan tranformasi ekonomi?,”soal Pua yang juga Pengarah Publisiti DAP.


Pengarang :