NASIONAL SELANGOR

Demonstrasi Di Plaza Tol Batu Tiga dan Sg Rasau Pada Mei 13

SHAH ALAM, 8 MEI: Sayap pemuda Pakatan Rakyat akan meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan demonstrasi di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau pada May 13 bagi mendesak pemansuhan kutipan tol tersebut.

Demonstrasi di depan kedua-dua plaza toll itu setelah Kerajaan Pusat tidak mengendahkan desakan daripada parti Pakatan sebelum ini, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Azmizam Zaman Huri.

Azmizam berkata demonstrasi itu ditetapkan pada pukul 2 petang dan para pengguna lebuhyraya dialukan untuk datang memberi sokongan kepada mereka.

?Penghapusan tol selari dengan ketetapan Pakatan di dalam Buku Jingga yang berjanji bahawa kami akan menghapuskan tol dalam masa 100 hari selepas kita menawan Putrajaya,? kata Azmizam ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, AMK Selangor dan Pemuda Pas Selangor telah mendesak kerajaan pusat agar menghapuskan Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Ini kerana setelah hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal apabila tol itu diperkenalkan pada 1993.

Kutipan tol permulaan bagi kenderaan Kelas 1 seperti kereta di Plaza Tol Batu Tiga sebanyak 60 sen dan 50 sen di Sungai Rasau pada 1993. Lori atau treler pula ialah RM1.20 di Batu Tiga dan RM1.00 di Sungai Rasau.

“Selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal iaitu sebanyak RM1.10 bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

?Kutipan tol bagi lori/treler pula di Plaza Tol Batu Tiga adalah RM2.20 manakala RM2.00 di Plaza Tol Sungai Rasau,” menurut petikan kenyataan itu lagi.


Pengarang :