SELANGOR

Festival Hargai Sumbangan Wanita

SHAH ALAM, 25 MEI: Bagi menghargai jasa kaum wanita yang banyak menyumbang tenaga dan idea dalam membangunkan masyarakat di Selangor, Kerajaan Selangor akan menganjurkan satu program yang dinamakan Festival Untukmu Wanita pada pada 26 hingga 27 Mei ini.

Acara yang diadakan sebagai kemuncak kepada Sambutan Hari Wanita Sedunia itu akan diadakan di Padang Awam, Pekan Salak, Sepang dan menawarkan pelbagai acara menarik sepanjang program itu berlangsung.

Di samping perkhidmatan percuma, acara yang berinformasi serta memberi pendidikan, orang ramai turut berpeluang berinteraksi dengan lebih dekat bersama tokoh-tokoh pemimpin dan selebriti popular lain yang pasti  menghiburkan.

Orang ramai khususnya bagi golongan wanita dan pencinta wanita dijemput hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara ini.

 

 


Pengarang :