“Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi.” | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

“Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi.”

SHAH ALAM,15 MEI : Kerajaan Selangor memperuntukkan RM16 juta setiap tahun kepada  kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil untuk memperkasa bidang pendidikan di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Guru 2012 yang disambut pada 16 Mei berkata selain daripada bantuan peruntukan itu, bantuan persekolahan seperti beg dan buku sekolah turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.


“Tahun ini Kerajaan Negeri telah menetapkan Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi sebagai tema,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata , selain daripada persoalan tanah, kerajaan negeri Selangor juga turut sama mengadakan beberapa inisiatif berhubung pendidikan misalnya dengan mengadakan kolej serta universiti.

” Bantuan-bantuan ini diberikan untuk membolehkan pihak sekolah terbabit menambah-baik kemudahan dan kualiti pengajaran. Sekolah-sekolah terbabit adalah jenis sekolah yang tidak mendapat bantuan khusus daripada Kementerian.

“Oleh kerana wujud permintaan daripada ibu bapa di samping adanya kesediaan para guru untuk mengajar, kerajaan negeri Selangor dengan keterbatasan kewangan yang ada berpendapat bantuan kecil yang sesuai wajar diberi,” kata Abdul Khalid.

Jelas Abdul Khalid lagi, elaun guru KAFA juga telah ditingkatkan dengan adanya peruntukan zakat bagi menggalakkan guru terbabit terus berkhidmat dengan cemerlang.

“Pendidikan kini tidak lagi terhad kepada keupayaan membaca dan mengira tetapi membentuk keperibadian manusia untuk menghargai hidup dengan nilai-nilai yang betul.

“Situasi rumit yang pelbagai ini tentulah menjadikan profesion perguruan cukup penting dalam memberi suntikan bermakna buat bekal generasi muda mendepani cabaran zaman,” ujar Abdul Khalid.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION