Kerajaan Selangor Bantu Warganegara Yang Masih Tiada Mykad | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Kerajaan Selangor Bantu Warganegara Yang Masih Tiada Mykad

KLANG 28 Mei : Merah, biru ?campur? merah dan kembali kepada merah. Itulah pengalaman luar biasa Valiamah Adika ketika memohon MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya lahir di negara ini, surat beranak ada, cuma masalahnya masa saya kanak-kanak, bapa saya tak daftar untuk dapatkan kad pengenalan biru.


“Kemudiannya bila saya dah umur dekat 40 saya daftar. Tetapi cuma dapat kad pengenalan merah,? kata ibu yang berumur 54 ini yang ditemui di satu majlis pendaftaran MyKad oleh Kerajaan Selangor.

“Dengan bantuan anak-anak, saya cuba mohon untuk dapatkan Mykad biru. Saya dapat Mykad biru, tetapi ada tanda merah pada Mykad saya.?

Apabila Valiamah pergi untuk memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk kali ketiga bagi mendapatkan MyKad biru, perkara yang pelik berlaku.

“Saya memohon semula untuk Mykad yang biru sepenuhnya tetapi apa yang saya dapat adalah Mykad merah semuanya.?

Valiamah antara 1,000 individu keturunan India yang hadir pada majlis pendaftaran MyKad tersebut yang diadakan di Dewan Dato Hamzah, di sini semalam.

Beberapa kaunter telah dibuka bagi memudahkan pemegang MyKad merah untuk memohon MyKad biru.

Majlis tersebut dianjurkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar.

Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MP Kapar S Manikavasagam.

Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor telah memperuntukan RM 500,000 dari Geran Selangorku bagi membiayai kempen pendaftaran tersebut.

Bagi Rani Muruthai pula, beliau masih gagal memperolehi Mykad walaupun sudah 26 tahun memohon bagi dokumen tersebut.

“Selalunya tidak dapat jawapan dari JPN. Bila saya daftar untuk mohon Mykad mereka suruh saya datang semula minggu depan tetapi tak ada apa-apa pun.

“Saya lahir di sini tetapi tak ada Mykad buat saya susah nak buat apa-apa urusan rasmi dengan pejabat kerajaan,” ujar Rani, yang sudah mencecah 54 tahun.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata sesiapa yang dilahirkan di negara ini mempunyai hak yang sama bagi memiliki Mykad biru.

“Ini adalah hak rakyat, tanpa memiliki Mykad menjadikan seseorang tertinggal dalam banyak hal, sukar menjalankan urusan rasmi, nak bersekolah dan malah hak untuk memilih siapa yang patut jadi kerajaan juga dinafikan.

“Kita tak boleh bergembira sebab ramai lagi yang tak dapat Mykad walaupun dilahirkan di sini,” ujar Abdul Khalid.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION