NASIONAL

Liow Cuba Kelirukan Rakyat Tentang Denggi

 

SHAH ALAM 21 MEI: Exco Kesihatan Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyelar Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau tentang situasi denggi di Selangor.

Kenyataan Tiong Lai yang dibuat Ahad lalu, juga berniat memburukkan imej pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tiong Lai berkata peningkatan kes denggi di Selangor disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

“Berdasarkan analisa kita semenjak Januari 2011 hingga Mei 2012, peningkatan kes denggi antara lain disebabkan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan tapak-tapak perumahan terbengkalai, rumah-rumah kosong, kawasan sekolah, pejabat serta premis kerajaan.

“?Sampling? di hotspot tersebut jelas menunjukkan bahawa ianya tiada kena mengena dengan isu pungutan sampah seperti yang dibangkitkan oleh Tiong Lai,” kata Xavier di dalam satu kenyataan di sini.

Xavier berkata bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman sendiri pernah berkata kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencatatkan peningkatan kes denggi sebanyak 59 peratus.

Peningkatan itu berlaku di dalam kawasan yang kononya ?bersih?, Xavier berkata.
“Harus diingat bahawa pejabat Tiong Lai sendiri iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia terletak di Putrajaya dan Putrajaya sendiri adalah antara kawasan panas wabak (hotspot) tertinggi kes pembiakan nyamuk denggi.”

?Kita sarankan Tiong Lai agar bersikap lebih professional dan janganlah terikut-ikut perangai buruk pemimpin Umno-BN yang membangkitkan pelbagai isu untuk memburuk-buruk pentadbiran Pakatan,? katanya.


Pengarang :