Tubuh Jawatankuasa Pantau Pemilihan AJK Masjid | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Tubuh Jawatankuasa Pantau Pemilihan AJK Masjid

SHAH ALAM 2 MEI : Satu jawatankuasa  akan ditubuhkan bagi memantau setiap mesyuarat pemilihan jawatankuasa masjid di seluruh negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha itu dilakukan berdasarkan dakwaan terdapat penyelewengan dalam pemilihan jawatankuasa terbabit.


“Bagaimanapun kerajaan negeri akan mengadakan satu mesyuarat terlebih dahulu kemudian jawatankuasa itu akan memantaunya supaya setiap masjid akan melakukan pemilihan ahli jawatankuasa dengan tertib dan baik,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Tambah Abdul Khalid, jawatankuasa itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri (Umno-BN) sebelum ini.

“Disebabkan mereka dulu tidak lakukan, maka kerajaan negeri sekarang akan mulakannya.

“Ahli-ahli qaryah boleh memilih nazir atau ahli jawatankuasa lain dengan cara yang terbaik dan biarlah mereka dikalangan orang yang sangat rapat dan mesra dengan masjid,” katanya yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam.

Justeru, kerajaan negeri akan melihat dan meneliti kesemua mesyuarat-mesyuarat yang sudah diadakan sebelum ini.

“Malah, kerajaan negeri juga akan menyiasat jawatankuasa yang sudah dipilih sebelum ini, jika terdapat aduan mengenai penyelewengan dalam pemilihan ahli,” katanya.

Di samping itu, kerajaan negeri kini dalam usaha meningkatkan pelbagai program masjid kepada penduduk sebagai satu usaha mengimarahkan masjid.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION