10 Tahun Tunggu Gelanggang Futsal, Tercapai Bawah Pakatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

10 Tahun Tunggu Gelanggang Futsal, Tercapai Bawah Pakatan

KUALA LANGAT 4 JUN: Setelah hampir 10 tahun menantikan gelanggang futsal dibina, akhirnya impian golongan belia Kampung Permatang Pasir, Morib, di sini, menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor.

Menurut setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Abd Razak Ramli, pihak JKKK telah berusaha memohon peruntukan pembinaan gelanggang futsal semenjak BN mentadbir negeri ini lagi.


“Kira-kira hampir 10 tahun kami usahakan, tetapi banyak kerenah dan alasan ditimbulkan oleh pentadbiran lama termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

?Padahal kami bukanlah minta stadium, cuma gelanggang futsal sahaja,” kata beliau.

Penantian itu berakhir pada Mac lalu apabila gelanggang itu siap untuk kegunaan orang kampung dan dirasmikan Pengerusi JKKK Kampung itu, Hassan Abdol Hadi.

Bagi meraikan acara itu, kampung tersebut Pertandingan Futsal Tertutup Kampung Permatang Pasir.

Abd Razak berkata gelanggang itu begitu popular dengan anak muda sampai ia menjadi kawasan tumpuan kampung itu.

“Sambutan golongan belia sangat baik, sebelah petang atau malam hari-hari biasa pun biasanya ada sahaja anak muda  kampung ini yang beriadah di sini.

“Secara tidak langsung dapat mengelak dari golongan ini terjebak dalam aktiviti tidak sihat,” kata Razak.

Seorang ahli JKKK Kampung Permatang Pasir, Raja Mahmud Raja Abd Hamid pula, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan berharap kemudahan di gelanggang ini dinaikkan taraf lagi.

Dalam tinjauan di gelanggang tersebut, Selangor Kini sempat menemubual golongan belia di kawasan ini.

Mohd Azwan Asgari, 23 berpendapat gelanggang seperti ini dapat menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara sebab banyak bakat bola sepak lahir dari kampung-kampung.

“Tidak mustahil kalau suatu hari nanti ada anak jati kampung ini mewakili negara dalam sukan bola sepak atau futsal.

“Selain itu kami dapat beriadah dan terhindar dari gejala negatif lain.”

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION