Cikgu Mala Difitnah Umno-BN | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Cikgu Mala Difitnah Umno-BN

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Umno-BN dikatakan semakin terdesak dengan peningkatan sokongan terhadap Pakatan Rakyat di Johor apabila mereka memfitnah bekas calon Pas pilihanraya kecil Dun Tenang, Normala Sudirman.

Seorang blogger Umno-BN mendakwa Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala akan menyertai Umno kerana Pas Johor gagal menunaikan janji untuk menjaga kebajikan keluarganya.


Blog Khazanah Minda Politik Melayu pada pautan  http://penaksj.wordpress.com/2012/06/20/pas-johor-punca-cikgu-normala-berniat-serah-keahlian-masuk-umno/ memaparkan artikel ?Pas Johor Punca Cikgu Mala Berniat Serah Keahlian Masuk Umno?.

Artikel tulisan ?Headmaster? bertarikh 20 Jun turut menyatakan akan memaparkan borang keahlian yang diisi sendiri oleh Normala.

Pada satu sidang media di sini hari ini, Normala, menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut dan menegaskan Pas Johor tidak pernah berjanji apa-apa kepada mana-mana petugas termasuk beliau.

Sehubungan itu, beliau mendesak permohonan maaf daripada penulis blog berkenaan atau berhadapan dengan tindakan saman sekiranya perkara ini terus dipanjangkan.

“Saya ingin bertanya, kalau betul ada pihak yang ini bantu kebajikkan saya, saya ingin bertanya bilakah suami saya akan dilayan secara adil dan dikembalikan ke sekolah asal?

?Kerana jelas bahawa apa yang dilakukan oleh Umno-BN menukarkan suami ke Sekolah Menengah Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, jelas merupakan tekanan dan dendam politik semata-mata,” soal beliau.

Pada piliharaya kecil Tenang Januari 2011, suami Normala, yang merupakan seorang guru, ditukarkan ke SMK Tanjung Pengelih yang terletak kira-kira 275 km daripada sekolah asalnya di Labis.

Pada masa itu, tindakan tersebut dikutuk pada masa itu sebagai berniat jahat dan dikaitkan dengan pencalonan Normala.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, fitnah sebegini merupakan cara yang digunakan Umno-BN untuk mengelirukan rakyat dalam usaha menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat khususnya Pas.

Beliau yang juga MP Rantau Panjang menegaskan, Dewan Muslimat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah ini dipanjangkan.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua, Senator Mumtaz Md Nawi dan Ketua Penerangan, Aiman Athirah Al Jundi.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION