Hilang Sokongan Punca BN Gantung Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Hilang Sokongan Punca BN Gantung Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan

SHAH ALAM 7 JUN: Hilang sokongan rakyat merupakan antara punca kerajaan Umno-BN(dahulu dikenali Perikatan) menggantung Akta Pemilihan Kerajaan Tempatan 40 tahun lalu.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu dalam rancangan ?Terus Terang? terbitan TV Selangor semalam.


Menurut Ronnie, selain Selangor yang berminat untuk mengadakan pilihan raya tempatan, cubaan Kerajaan Pulau Pinang membentangkan enakmen bagi membolehkan negeri itu menjalankan pilihan raya kerajaan tempatan sendiri juga dijangka akan menemui jalan buntu.

“Isu ini memang jelas, kita mahu memulihkan pemilihan kerajaan tempatan, tetapi Najib sebagai Perdana Menteri cakap tak boleh, dia halang.

“Bukan kita yang tak mahu buat. Kalau Kerajaan Pusat tidak benarkan, Kerajaan Negeri pun tak boleh buat apa-apa kerana dalam perlembagaan kedudukan Kerajaan Pusat lebih tinggi daripada Kerajaan Negeri,” kata beliau.

Menurut Ronnie, sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan enakmen ini sekalipun, mereka masih memerlukan sokongan Kerajaan Pusat untuk melaksanakannya.

Bagaimanapun Ronnie memberitahu Kerajaan Negeri tetap cuba melaksanakan supaya pilihan raya tempatan diadakan.

Katanya, satu percubaan akan dibuat bagi mengadakan pemilihan untuk pilihan raya tempatan dalam tempoh terdekat.

Semua ini jelas Ronnie adalah bukti bahawa Kerajaan Selangor konsisten meningkatkan lagi proses pendemokrasian di negeri ini.

Untuk rekod, pada tahun 1965, berikutan tercetusnya Konfrontasi Indonesia dan atas alasan keselamatan, Kerajaan Pusat ketika itu menggantung pilihan raya kerajaan tempatan.

Bagaimanapun pada 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri terbabit berusaha mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Usaha tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bersetuju akan cadangan itu.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION