Penantian 40 Tahun Berakhir Hari Ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Penantian 40 Tahun Berakhir Hari Ini

 

KLANG 15 JUN : Hasrat 125 penduduk di Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun kini menjadi kenyataan.


Penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN dahulu.

Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya.

Tetapi apabila pilihanraya berlepas, janji itu tidak ditunaikan.

Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973.

Sebelum ini katanya, kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu.

Tetapi kini tidak lagi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini,” katanya ketika ditemui.

Walaupun sangat teruja, beliau juga berasa sedih.

Ramai penduduk kampung yang sudah lama mengejarkan tanah itu tidak sempat menikmati keistimewaan hari ini kerana sudah meninggal dunia.

Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam.

Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng.

Abdul Khalid juga menyerahkan sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua.
Penduduk Jalan Kenangan, Hamdan Bakri, 43, berkata seramai 67 orang menerima kelulusan TOL.

Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini.

Beliau berkata beliau kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji tinggal janji.

?Setiap kali menjelang pilihan raya umum parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya.

?Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata,” katanya.

Hamdan berkata beliau bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai.

“Kita akan usahakan untuk mendapatkan geran hak milik selepas ini.

?Tindakan Kerajaan Negeri ini kita nampak ketulusannya. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION