Rehat Dan Membaca 15 minit di seluruh Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Rehat Dan Membaca 15 minit di seluruh Selangor

BANTING, 12 JUN : Program “15 Minutes Reading Break” diperkenalkan di seluruh Selangor berikutan kejayaan penganjuran Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana dan Pesta Buku Selangor 2010 dengan catatan rekod bacaan serentak hampir 15,000 orang.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata pencapaian membanggakan itu menimbulkan idea bagi mengembangkan program itu ke semua daerah bagi memupuk minat membaca di kalangan rakyat.


Menurutnya, budaya membaca di kalangan masyarakat perlu dipupuk dari peringkat awak usia supaya ianya menjadi amalan dalam kehidupan.

“Cara mendidik anak-anak yang malas membaca ialah apabila melihat orang dewasa membaca, dilihat membaca, semuanya membaca maka itulah cara paling mudah dan berkesan untuk anak-anak meminati hobi dikenali membaca.

“Dalam program tersebut kita telah berjaya mewujudkan satu budaya membaca melibatkan semua peringkat usia dan masyarakat hingga menciptarekod membasa selama sejam di peringkat kebangsaan.

“Maka dengan kejayaan ini Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah membawa program ini ke semua daerah di negeri ini,” katanya dalam majlis perasmian Program “15 Minutes Reading Break” Daerah Kuala Langat di Dataran Banting di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Mohamad.

Seramai lebih 1,100 peserta termasuk pelajar, guru-guru, ibu bapa dan tetamu lain hadir dalam program berkenaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION