Rohingnya Kerajaan Malaysia Perlu Beri Tekanan Politik Kepada Myanmar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Rohingnya Kerajaan Malaysia Perlu Beri Tekanan Politik Kepada Myanmar

SHAH ALAM 21 JUN : Menganggap kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai tidak bersungguh-sungguh Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan kerajaan Malaysia perlu memberi tekanan politik kepada Junta Tentera Myanmar berikutan pergolakan di Rakhine kini.

Dalam kenyataan itu, Anifah menyatakan Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar tetapi menegaskan akan mengekalkan dasar tidak campurtangan terhadap urusan dalaman sesebuah negara.


Menurut Dr , isu pelarian Islam Rohingya yang berlaku sejak lebih 50 tahun lalu harus diberi perhatian segera apatah lagi Myanmar tergolong sebagai salah sebuah negara Asean.

Katanya lagi, golongan minoriti ini seolah-oleh dianak tirikan kerajaan Myanmar kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri untuk menetap di negara itu.

“Pelarian Rohingya menjalani kehidupan sengsara dan terpaksa menjadi pelarian di beberapa buah negara terutama Arab Saudi, Malaysia, Thailand dan Bangladesh. Sepatutnya Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu main peranan, tetapi mereka tiada kekuatan politik dan terpaksa bergantung pada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Maka, jalan terbaik adalah mengenakan tekanan politik kepada kerajaan Myanmar yang turut sama tergolong dalam kesatuan-kesatuan Asean,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pergolakan di Rakhine berikutan keganasan kaum dan agama antara penganut Buddha dan puak Islam Rohingya.

Serangan berulang kali dilaporkan berlaku terhadap tempat beribadat, harta benda, dan kediaman masyarakat Islam Rohingya di Rakhine dalam tempoh beberapa hari lalu.

Tambah Dr Manuty, pergolakan dan keganasan terhadap pelarian Rohingya juga disifatkan sebagai melampaui batas dan berlaku pelanggaran terhadap hak asasi manusia.

“Mereka adalah umat Islam dan telah didikriminasi oleh Myanmar yang sepatutnya tidak boleh menzalimi sesama manusia. Ini tidak melambangkan kebebasan hak asasi manusia,” ujarnya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION