Selangor Serah Bantuan RM50,000 Untuk SJK (C) Yuk Chih, Bestari Jaya | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Selangor Serah Bantuan RM50,000 Untuk SJK (C) Yuk Chih, Bestari Jaya

BESTARI JAYA 24 JUN :Kerajaan Negeri memberikan bantuan berjumlah RM50,000 kepada  SJK (C) Yuk Chih, Bestari Jaya dalam usaha menambahbaik dan pembangunan pendidikan sekolah itu.

Cek sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pihak sekolah yang diterima oleh Guru Besarnya, Lau Khim Seng di sini.


Menteri Besar dalam ucapannya berkata setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang terbaik.

Justeru, kerajaan Selangor komited dalam membangunkan pendidikan dengan menyediakan peruntukan pendidikan yang mencukupi.

“Kerajaan Selangor bermula 2008 memberikan peruntukan kira-kira RM16 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah di Selangor,” kata Abdul Khalid dalam Majlis Mengenang Jasa Ibu Bapa dan Guru-Guru SJK (C) Yuk Chih, Bestari Jaya.

Jelas Abdul Khalidkerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) sudah melaksanakan semua janji pilihan raya yang dikemukakan dalam manifesto PRU12.

Malahan Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM700 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam usaha membela kebajikan rakyat.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dengan Kira-kira 800 tetamu hadir dalam program ini.

Program ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada pihak ibu-bapa dan para guru dalam membangunkan sekolah ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION