NASIONAL SELANGOR

Shuhaimi : Jangan ‘kuman di seberang laut’ Umno nampak, ‘gajah depan mata’ buat-buat tak nampak.

SHAH ALAM, 28 JUN : Umno-BN sepatutnya muhasabah diri sebelum mengkritik peruntukan Geran Selangorku kerana pemberian RM 300 juta geran itu jauh lebih telus dan adil berbanding program 1Malaysia.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata PKR tidak mendapat ?satu sen pun? dari geran tersebut, manakala peruntukan bagai program 1Malaysia menimbulkan banyak persoalan.

?Apakah tujuan peruntukan 1Malaysia yang dijaja ke seluruh negara itu bukan untuk kepentingan politik Umno-BN?

“Apakah matlamat utamanya? Siapakan yang membekal ikan Kepada kedai 1Malaysia? Bukankah Kedai Rakyat 1Malaysia itu memberi peluang kepada kroni Umno-BN?

“Inilah Umno-BN mereka buat sedikit bantuan kepada rakyat, tetapi berpuluh lagi bantuan, adalah kontrak kepada kroni Umno! Berbeza dengan matlamat Geran Selangorku.?

Shuhaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan dari Setiausaha Umno Selangor, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed di dalam sebuah akhbar semalam.

Mohd Zin mendakwa 1/6 daripada belanjawan Geran Selangorku untuk kerja-kerja infrastruktur untuk kepentingan politik Pakatan.

Mengulas lanjut, Shuhaimi mengutarakan soalan kepada Mohd Zin:

“Jika Umno Selangor berhak bertanya dari mana Geran Selangorku, maka Keadilan Selangor ingin bertanya, kemana suara Mohd. Zin dan Umno Selangor bila syarikat Talam berhutung dengan kerajaan negeri zaman kerajaan BN dahulu?”.

Mohd Zin dicabar memperoleh bajet tambahan pembaikan infrastruktur jalan persekutuan sekirannya beliau benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat Selangor.

“Lihat sendiri berapa banyak jalan persekutuan yang tidak dibaiki di Selangor, kenapa perlu sekat peruntukan ini?

“Bukankah dengan menyekat dana pembaikan jalan persekutuan di negeri Selangor adalah untuk memperlihatkan Kerajaan Negeri Selangor (PR) buruk dimata rakyat,” kata Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda.


Pengarang :