SMK(P) Kapar Raih Pelbagai Anugerah Usahawan Muda Anjuran PKNS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Lizawati Madfa

SMK(P) Kapar Raih Pelbagai Anugerah Usahawan Muda Anjuran PKNS

SHAH ALAM, 20 JUN : Berbekalkan hasil keuntungan jualan melebihi RM60,000 melayakkan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Kapar meraih pelbagai anugerah di Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Permata Selangor 2011.

Sekolah ini meraih anugerah berkenaan anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui syarikat Aurora Progresif Sdn. Bhd yang dianggotai pelajar dan guru sekolah.


Antara anugerah yang diterima ialah Anugerah Produk Terbaik, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Pengetua Terbaik, Anugerah Sekolah Terbaik, Anugerah Syarikat Terbaik serta Anugerah Persembahan Syarikat Terbaik.

Pengetuanya, Meriam Husin berkata, semua warga sekolah memberikan sokongan padu serta menyediakan pelbagai bantuan seperti modal dan motivasi supaya syarikat yang ditubuhkan berjaya dalam perniagaan.

“Dengan motto ‘SMK(P) Kapar Juara, SMK(P) Mara’ semua warga sekolah memberikan apa yang terdaya kepada para pelajar ini untuk berjaya,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, sekolah ini turut mencatat sejarah kerana berjaya meraih hasil jualan tertinggi sejak PUM ini dilancarkan pada tahun 1997 iaitu sebanyak RM263,356.

PUM ini turut mendapat kejasama Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) serta Jabatan Pelajaran Selangor.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dalam ucapannya berkata, pelajar tingkatan dua dan empat di sekolah terpilih di Selangor berpeluang menubuhkan syarikat Sendirian Berhad dengan diberi lesen perniagaan oleh PKNS.

“Syarikat-syarikat ini akan menjual produk dan perkhidmatan di lokasi-lokasi terpilih selain dapat menjalani kursus-kursus berkaitan perjalan syarikat serta latihan keusahawanan dan perniagaan secara praktikal,” katanya ketika perasmian konvensyen itu di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Katanya, setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai 25 orang pemegang saham dan lima daripadanya adalah ahli lembaga pengarah.

Turut hadir di majlis ini adalah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Selangor, Abdul Khalid Jaafar serta Penolong Pengarah Institut Keusahawanan Negara, Mohd Idzwan Abdullah.

Selain itu, Othman berkata PUM berjaya menerapkan budaya keusahawanan kepada 15,925 orang pelajar sepanjang program ini dilaksanakan.

“Bermula dengan penglibatan sebanyak 10 buah sekolah di peringkat awal dan hanya di berikan modal sebanyak RM450, PUM membantu pelajar-pelajar ini belajar untuk berniaga,” katanya lagi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION