Taktik Baru Tawan Selangor : Bermastautin Di Sabah Tetapi Mengundi Di Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

fairuz tahir

Taktik Baru Tawan Selangor : Bermastautin Di Sabah Tetapi Mengundi Di Selangor

SHAH ALAM, 3 JUN : Pas mendakwa usaha Umno-BN untuk menawan Selangor bukan sahaja melalui pekerja asing yang diberikan MyKad, tetapi dengan mengimpot mereka yang bermastautin di Sabah.

Pengundi-pengundi tersebut kemungkinan besar masih bermastautin di Sabah tetapi telah mendaftarkan diri sebagai pengundi di Selangor.


MP Shah Alam Khalid Samad berkata perkara ini dikesan Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Pas yang mendapati terdapat jumlah pertambahan penduduk yang meragukan di kawasan negeri ini termasuk di Shah Alam.

Menurutnya, pertambahan pengundi Sabah tertumpu di kawasan perumahan bertingkat di dalam peti undi yang strategik.

“Ini di antara strategi yang sedang dilakukan di mana memang banyak kes yang dilaporkan dan telah dikenal pasti.

?Di Shah Alam sendiripun beberapa kes kita telah buat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan mereka ini adalah  orang-orang dari Sabah.

“Mereka telah didaftarkan sebagai pengundi di Selangor dan apabila kita membantah, mereka tidak hadir di pejabat SPR. Ini menunjukkan mereka tidak bermastautin di Selangor,” katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan jentera Kerajaan Negeri sendiri untuk turun padang bagi mengenal pasti masalah pendaftaran pengundi yang meragukan.

“Ia beradasarkan kepada daftar pengundi terbaru dikeluarkan SPR bagi memastikan pengundi yang sah serta yang boleh dianggap sebagai pengundi hantu. Perkara itu akan dibawa kepada pihak berkewajiban untuk tindakan perubahan,” kata, Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Beliau berkata, sewajarnya Umno-BN selaku Kerajaan Pusat menghormati hak rakyat negara ini untuk membuat pilihan dan menentukan pihak mana akan diangkat sebagai kerajaan.

Malah, katanya, Kerajaan Pusat sepatutnya juga mencontohi Kerajaan Selangor dalam tindakan membersihkan daftar pengundi daripada nama-nama yang meragukan itu.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION