Selangorkini
NASIONAL

Sivarasa : Dr Mahathir Masih Berlagak Sebagai Diktator

PETALING JAYA 24 OGOS : Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat untuk tidak memberi mandat percubaan kepada Pakatan Rakyat mencerminkan gaya seorang diktator.

MP Subang, Sivarasa Rasiah berkata ungkapan Dr Mahathir bahawa ?syaitan yang dikenali adalah lebih selamat daripada malaikat yang tidak dikenali? mencerminkan personaliti dan sikap beliau terhadap kuasa.

“Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

“Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Sivarasa berkata Dr Mahathir mahu kerajaan Umno-BN terus kekal berkuasa dengan cara autoritarian.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Ogos 22 yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada Umno-BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat.

Menurut laporan Bernama Dr Mahathir menyeru rakyat agar tidak memberi ?mandat percubaan? untuk Pakatan memerintah negara walaupun untuk satu penggal.

Dalam kenyataannya, Mahathir berkata :

?Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali.?


Pengarang :