NASIONAL SELANGOR

TERKINI Dataran Merdeka : Orang Ramai Mula Berkumpul Depan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Laporan oleh Nazli Ibrahim dan Afix Redzuan

KUALA LUMPUR 30 OGOS : Himpunan orang ramai di Dataran Merdeka telah mula berpindah ke depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut bagi meneruskan tuntutan penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan itu yang sudah mencecah lebih kurang 10,000 orang dijangka akan mendengar bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said serta ucapan dari aktivis seperti Hishammuddin Rais dan Badrol Hisham Shahrin.

Pemimpin aktivis tersebut berkata mereka akan menyambut ambang Hari Merdeka di depan DBKL.

Turut serta pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan MP Kuantan Fuziah Salleh.

Terlebih dahulu, orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka walaupun countdown yang biasanya di adakan di tapak bersejarah itu dibatalkan. 

Countdown yang biasanya diadakan julung kali itu tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan yang dinamakan ?Janji Demokrasi? itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan  47 NGO.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.

 

 


Pengarang :