Selangorkini
SELANGOR

Agensi Pusat Enggan Serah Statistik Jenayah Di Selangor

KUALA LUMPUR 12 OKT: Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat yang enggan memberikan statistik bagi setiap jenis jenayah mengikut daerah di Selangor.

Sebaliknya, Tony mendakwa ‘ada udang disebalik batu’ dengan jika Kerajaan Pusat masih berdolak dalik dengan statistik itu.

“Jika mereka kata ada penurunan dalam indeks jenayah negara tetapi kenapa bila kita minta statistik mereka tidak mahu nyatakan dalam parlimen?.

“Saya tidak tahulah sama ada angka penurunan yang mereka berikan itu releven atau tidak,” katanya dalam sidang media, semalam.

Tambahnya, angka-angka itu memberikan bukti jelas terhadap manipulasi statistik oleh pihak berkuasa untuk mencerminkan pencapaian yang lebih baik berbanding realiti dihadapi rakyat di luar sana.

Dalam jawapan yang diterima Tony, Kerajaan Pusat berpendirian adalah kurang munasabah untuk statistik bagi setiap jenayah mengikut daerah di Selangor dan negeri untuk dikemukakan secara terperinci.

Walaubagaimanapun, statistik bagi kes-kes jenayah indeks yang memberikan impak signifikan kepada keselamatan rakyat adalah lebih releven untuk dikemukakan.

Sehubungan itu, Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mempersoalkan peruntukkan sebanyak RM272 juta yang diberikan Menteri Dalam Negeri khusus memperbaiki  “indeks persepsi jenayah” bawah  atau NKRA.


Pengarang :