Selangorkini
SELANGOR

Audit : Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Di Selangor Memberangsangkan

SHAH ALAM 16 OKT : Selangor berjaya mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini, ia meliputi perbelanjaan dan bilangan projek yang dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tempoh tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sehingga akhir tahun 2011 adalah baik.

Sejumlah RM502.38 juta (81 peratus) daripada RM620.03 juta yang diperuntukkan sudah dibelanjakan.

Berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara 2011 yang dikeluarkan semalam, mendapati mengikut pencapaian terbabit, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mencatatkan pencapaian tertinggi iaitu sebanyak 92 peratus.

Manakala, bagi perlaksanaan projek pula sebanyak 377 projek (60.1 peratus) daripada 627 projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan pencapaian perbelanjaan sebanyak 81 peratus bagi tempoh tahun pertama RMK 10 sehingga akhir tahun 2011.

Daripada 627 projek tersebut, sejumlah 216 projek berjaya disiapkan sepenuhnya, 161 projek dalam pelaksanaan dan 250 projek masih belum dimulakan dan dalam perancangan.

Antara yang berjaya dilaksanakan ialah menaik taraf Jalan Telok Panglima Garang ke Pekan Banting bernilai RM44.44 juta dan pembinaan Jalan Negeri B42 (Jalan Simpang Tiram Burok-Batang Berjuntai) Fasa 1 bernilai RM48.97 juta.

Selain itu, projek menaik taraf Jalan Monfort B29 dari persimpangan Politeknik Shah Alam ke Jalan masuk TUDM Shah Alam bernilai RM147.30 juta.


Pengarang :