Selangorkini
Pelbagai

MB Solat Sunat Aidiladha bersama Sultan Selangor

SHAH ALAM, 26 OKT : Solat sunat Aidiladha bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pagi tadi berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 5,000 orang.

Majlis solat yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad di samping pembesar negeri lain sempena sambutan Aidiladha begitu dirasai apabila umat Islam keluar beramai-ramai ke masjid tersebut sejak awal pagi.

Selepas solat dan bacaan khutbah Aidiladha berakhir orang ramai berbaris panjang untuk bersalaman dengan Sultan Selangor dan Menteri Besar serta hadirin lain.

Abdul Khalid akan menghadiri solat Jumaat bersama rakyat di majlis korban di Masjid Kampung Kongo, Cheras tengahari ini manakala keesokannya beliau akan bersama rakyat dalam majlis korban di Dewan Harmoni, Ijok pada jam 10 pagi.


Pengarang :