Selangorkini
NASIONAL

Najib Jahil Status Wanita Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 OKT : Wanita Pakatan Rakyat (Pakatan) membidas kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan gerakan wanita di Malaysia tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak sejak kemerdekaan lagi.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Najib, yang juga Perdana Menteri, sebagai seorang ?menteri Wanita? yang jahil dengan taraf kemajuan wanita di Malaysia.

“Najib gagal membezakan hak mengundi rakyat dengan penglibatan wanita diperingkat nasional.

“Kita berada di tahap pemberdayaan wanita dan mengarusperdanakan peranan wanita,” katanya di lobi Parlimen.

Berdasarkan laporan The Global Gender Index Gap 2011, Malaysia berada di kedudukan 95 dari 135 negara dalam aspek penglibatan, dan peluang wanita di dalam ekonomi.

Selain itu, wanita Malaysia menduduki tangga ke 65 dalam aspek pencapaian pembelajaran, kedudukan 78 dalam aspek kelangsungan kesihatan dan hidup manakala di tangga 115 untuk pemberdayaan politik.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata kedudukan Malaysia yang semakin menjunam merupakan satu kegagalan besar ditambah dengan kegagalan kerajaan melantik wanita bagi portfolio utama tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf kecewa dengan peruntukkan kecil RM 48 dalam Belanjawan Negara 2013 bagi pembangunan wanita. Sedangkan tahun lepas RM 182 juta diperuntukan.

Wanita Pakatan sebelum ini memperkenalkan Agenda Wanita Malaysia yang mengandungi skim Caruman Wanita Nasional.

Melalui skim itu, sebanyak RM 50 setiap bulan daripada kerajaan pusat akan dimasukkan ke dalam akaun suri rumah yang daripada isu rumah berpendapatan kurang RM1,500.

Skim ini akan dilaksanakan Pakatan jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Turut hadir sama dalam sidang media berkenaan, MP Kuantan, Fuziah Salleh dan MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.


Pengarang :