Selangorkini
Pelbagai

Tony Pua : Kerajaan Salah Urus Tender MRT, Beri Projek Kepada Syarikat Buat Meter Air

SHAH ALAM, 11 OKT: MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak menentang projek pembangunan sistem pengangkutan awam, Aliran Transit Massa (MRT) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun PR mendakwa terdapat penyelewengan dan ketikdaktelusan di dalam pemberian tender projek tersebut kerana syarikat yang dipilih untuk membina projek tersebut tidak mempunyai kepakaran.

Ini akan menyebabkan kerugian berbilion ringgit dana awam dan mengancam keselamatan rakyat, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

“Kita ambil (contoh) tender terbuka, minta semua syarikat antarabangsa datang untuk sertai tender.

Tetapi yang dapat tender itu bukan syarikat yang paling rendah harganya dan berpengalaman, tetapi satu syarikat yang tak pernah bina MRT pun.

“Buat masa ini mereka hanya tahu buat meter air untuk ukur air sahaja, syarikat ini yang dapat.

“Syarikat United Kingdom yang cukup terkenal, punyai teknologi bina MRT berikan harga yang lebih rendah RM 960 juta tak dapat kontrak tersebut atas sebab-sebab kita tak tahu,” ujar Tony Pua.

Beliau berkata demikian di dalam Wacana Sinar yang membincangkan Belanjawan 2013 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.

Tony turut berkata, usaha PR mendapatkan penjelasan dari kerajaan dengan membentangkan dokumen berkaitan juga tidak mendapat apa-apa tindak balas.

Tony membandingkan proses pemberian tender MRT dengan bagaimana Kerajaan Selangor dapat menyelamatkan RM 100 juta wang rakyat dengan membuat tender terbuka bagi kutipan sampah di Selangor.


Pengarang :