Najib Jangan Sendiwara Bela Palestin Tapi Aktif Hubung Dagang Dengan Israel | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Syarizat Xylog

Najib Jangan Sendiwara Bela Palestin Tapi Aktif Hubung Dagang Dengan Israel

SHAH ALAM 17 NOV: Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri yang mempunyai kuasa dalam negara ini didesak menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Regim Zionis Israel.

Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa berkata, sikap hipokrasi Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan ?peluru? kepada tentera Zionis Israel.


“Ia dilakukan melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang,” kata Fariz dalam kenyataan medianya.

Beliau berkata, sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh.

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya? tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita.

“Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO.

“Ianya membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Justeru ujar beliau, Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi ?penjilat? kepada Zionis Israel.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION