Selangorkini
SELANGOR

Pelajar Berpeluang Rebut Hadiah RM20,000 Cipta Video Pendek Alam Sekitar

ccsb-ads

SHAH ALAM, 7 NOV : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah berjumlah RM20,000 kepada pemenang pertandingan video pendek bertemakan kebersihan dan penjagaan alam sekitar.

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pertandingan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu terbuka dan kategori pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS).

Beliau berkata pertandingan yang berlangsung dari 7 November 2012 hingga 7 Januari 2013 itu bertujuan mendidik masyarakat supaya bersama-sama menggalas tanggungjawab menjaga kebersihan bandaraya Shah Alam.

“Bagi kategori terbuka, johan akan menerima wang tunai RM5,000 dan sijil penyertaan, kedua RM3,000 dan sijil penyertaan, ketiga RM2,000 dan sijil penyertaan serta lima hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM500 berserta sijil penyertaan.

“Manakala bagi kategori IPTA dan IPTS, juara akan menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penyertaan, kedua RM2,000 dan sijil, ketiga RM1,000 serta lima hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM300,” katanya.

Katanya, antara syarat-syarat pertandingan adalah durasi video tidak melebihi 10 minit, video yang dihasilkan boleh dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentasi atau mengikut kreativiti masing-masing.

Jelasnya, setiap video yang dihantar mestilah mempunyai nilai-nilai amalan kebersihan dan mempunyai sinopsis atau jalan cerita dengan format video dalam bentuk mpeg.


Pengarang :