SELANGOR

Peta Enam Kawasan DUN Tidak Lengkap

 

SHAH ALAM 24 NOV : Kajian Semakan Daftar Pemilih Negeri Selangor sepertimana dilaporkan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor mendapati terdapat lima kawasan DUN di mana peta didapati tidak lengkap.

Antara lain terdapat daerah mengundi yang tidak wujud dalam peta, sempadan kawasan yang tidak dibetulkan serta sempadan daerah mengundi yang tidak jelas.

Kawasan DUN yang terlibat ialah DUN Sungai Panjang, Sri Serdang, Damansara Utama, Hulu Kelang, Sementa dan Selat Kelang.

Bagi DUN Sungai Panjang, daerah mengundi Parit 2 – 5 didapati tidak wujud dalam peta sama seperti ketidakwujudan daerah mengundi Sri Aman di kawasan DUN Seri Serdang.

Sementara itu, sempadan antara Damansara Jaya Utama dan Selatan di DUN Damansara Utama juga didapati sehingga kini tidak dibetulkan.

Untuk kawasan DUN Hulu Kelang, Sementa dan Selat Kelang, laporan khas tersebut juga memaklumkan sempadan daerah-daerah mengundi ketiga-tiga kawasan ini tidak jelas.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan satu sekretariat khas berikutan penambahan 497, 084 pengundi baru sepertimana yang diperolehi daripada rekod Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dilantik sebagai Pegawai Koordinasi dan pemantau bagi perjalanan Projek Semakan Daftar Pemilih bagi suku ke-4 tahun 2011.

Semakan daftar pemilih dilakukan ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis dan kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

 

 

 

 

 


Pengarang :