Selangorkini
Uncategorized

Ronnie : Kapasiti Tapak Pelupusan Sampah Cukup

SHAH ALAM 26 NOV : Kapasiti empat tapak pelupusan sampah di negeri ini mencukupi bagi menampung pengurusan sampah atau sisa pepejal dalam tempoh jangka hayatnya di Selangor.

Empat tapak pelupusan itu adalah Jeram Sanitari Hill yang berkeluasan 190 ekar, sebanyak 2.9 juta tan kapasiti sudah diisi dan 5.1 juta tan baki belum diisi dengan jangka hayat pada 2017.

Selain itu, di Batu 12 Sanitari Hill berkeluasan 169 ekar ; sudah diisi dengan 0.14 juta tan dan baki belum diisi sebanyak 8.86 juta serta jangka hayatnya pada tahun 2035.

Manakala di Dengkil berkeluasan 145 ekar ; 0.4 juta tan sudah diisi serta 1.1 juta tan belum diisi dengan jangka hanyat pada 2029.

Bagi Kuang berkeluasan 27 ekar dengan kapasiti 0.07 juta tan sudah diisi serta 0.67 juta tan masih belum diisi dengan jangka hayatnya pada 2032.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, bagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa mencari teknologi terbaik yang boleh digunakan bagi menguruskan sisa pepejal terbabit dengan lebih efektif dan efisien.

Katanya, setakat ini, Kerajaan Negeri mempunyai satu loji yang menggunakan teknologi ‘Refuse Derifed Fuel’ di kawasan Kajang yang mana boleh menukar sisa pepejal kepada tenaga elektrik dan kompos.

“Selain itu, Kerajaan Negeri kini sedang meneliti beberapa teknologi lain yang difikirkan sesuai untuk diguna pakai,” katanya yang menjawab pertanyaan dari Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram).

Antaranya, satu teknologi yang akan tukarkan sisa pepejal yang dilupuskan pada tenaga elektrik dan produk yang berasaskan barangan kitar semula.

Selain itu, turut diteliti material recovery facility (MRF) dan insinerator adalah antara beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan.


Pengarang :