Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

BN Gagal Selesai Pemilikan Kediaman, Tidak Beri Potongan Premium Tanah

SHAH ALAM, 1 DIS: Meskipun mentadbir Selangor lebih 50 tahun, Umno-BN bukan sahaja tidak pernah memberikan potongan harga premium tanah kediaman untuk rakyat, malah turut gagal menyelesaikan isu pemilikan tanah kediaman yang dihadapi rakyat negeri ini.

Keadaan tersebut menunjukkan tiada kesungguhan Umno-BN untuk membantu rakyat Selangor ketika berkuasa sebelum ini.

Bagaimanapun, masalah tersebut akhirnya diselesaikan apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dalam sidang media di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor semalam.

“Masa dahulu dia tak boleh buat, sekarang pula tiba-tiba dia kata dia boleh buat, jangan kata mengurangkan premium, kelulusan tanah pun dia tak boleh bagi, tetapi kita yang selesaikan lebih 6,800 masalah pemilikan tanah yang ditinggalkan Umno-BN.

“Apa jaminan yang dia boleh turutkan harga premium tersebut, terpulang kepada rakyat nak percaya samada betul atau tidak dia boleh bagi premium lebih rendah sebab masa dia memerintah dia gagal menyelesaikan masalah tanah,” ujar beliau.

Ketika PR mengambil alih pentadbiran Selangor pada 2008, pelbagai masalah termasuk isu yang telah berlarutan hampir 20 tahun gagal ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Umno-BN Selangor sebelum ini berjanji akan menyelesaikan masalah pemilikan kediaman dan menurunkan premium tanah jika kembali berkuasa menerajui kuasa dalam pilihan raya umum ke -13 yang akan datang.


Pengarang :