Bukit Botak : Akhirnya, Satu Lagi Janji Umno-BN Ditunaikan Pakatan Rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Bukit Botak : Akhirnya, Satu Lagi Janji Umno-BN Ditunaikan Pakatan Rakyat

bukit botak 961 dis22 01

SELAYANG 22 Dis: Setelah menanti hampir tiga dekad untuk janji Umno-BN tepati, hampir semua peneroka asal Bukit Botak hari ini menerima surat tawaran kepada rumah mereka yang telah disiapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Seramai 961 individu daripada 1,020 pemilik rumah Bukit Botak telah diberi surat tawaran rumah berkembar teres satu tingkat pada satu majlis hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Rumah Bukit Botak

Mereka antara peneroka asal yang pada 1985, dijanjikan tanah oleh Kerajaan Umno-BN di dalam skim penempatan semula Bukit Botak.

?Bila buat cadangan penyelesaian pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana telah tertipu oleh (kerajaan) dahulu.

?Di mana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai,? kata dalam ucapannya di majlis pemberian surat tawaran rumah Bukit Botak pagi tadi.

?Sekarang rumah telah siap dan surat rasmi pun telah diberikan, rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji.

?Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan,? kata Abdul Khalid.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.

bukit botak 961 dis22 03

Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Kesemua 1,422 unit rumah dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Dalam sidang media, Abdul Khalid berkata sehingga kini 1,020 pemilik rumah telah disahkan layak untuk memiliki rumah di Bukit Botak manakala 400 orang yang lain sedang menjalani proses kelayakan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Gombak.

Skim itu dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat tersebut membelanjakan subsidi kira-kira RM 79.6 juta bagi menyiapkannya.

Setiap unit rumah ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard dan dibangunkan dengan rekabentuk moden. Ia mempunyai keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS turut menyediakan tapak masjid, tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION