SELANGOR

Kerajaan Selangor Disaran Tubuh GLC Untuk Baiki Jalan

jalan semenyih che rosli 02

SHAH ALAM,21 DIS : Kerajaan Selangor disarankan untuk mewujudkan sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) khus untuk membaiki jalanraya di negeri ini.

MP Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerosakan jalan dapat diatasi segera dengan wujudnya GLC ekoran kekangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak pantas.

“Pejabat Menteri Besar diharap akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk menentukan kecekapan Kerajaan Selangor dalam menangani masalah-masalah jalan ,” katanya.

Ujarnya, Kerajaan Selangor juga boleh menggunakan mana-mana GLC yang sedia bagi menjalankan tugas tersebut.

Jalan-jalan tersebut di bawah bidang kuasa Kerajaan Selangor.

“Sekarang ini Kerajaan Selangor mempunyai wang dan tiada alasan untuk tidak membaiki jalan-jalan ini dengan segera,” katanya di dalam satu sidang media di pejabatnya.

GLC ini boleh menuntut kembali wang yang digunakan untuk pembaikan jalan daripada pihak PBT selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.


Pengarang :