MB: Langat 2 Hanya Selepas Penstrukturan Semula Air | Selangorkini


MB: Langat 2 Hanya Selepas Penstrukturan Semula Air

 

SHAH ALAM 14 DIS : Projek Langat 2 hanya akan dilaksanakan selepas Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula industri air.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri.

“Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam projek berkenaan.

Beliau mendakwa bagaimanapun, Kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu dan dijangka bermula pertengahan tahun hadapan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Admin Selangorkini


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION