Peneroka Bukit Botak : “Dulu Janji Tak Pernah Jadi, Sekarang Baru Jadi” | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Muhammad Asri Sapfie

Peneroka Bukit Botak : “Dulu Janji Tak Pernah Jadi, Sekarang Baru Jadi”

bukit botak 961 dis22 rajiah 01

SELAYANG 22 DIS : Ketika Rajiah Omar melepaskan rumah lamanya di Kampung Bukit Botak kerana dijanjikan rumah baru oleh Kerajaan Selangor Umno-BN, beliau hanya berumur 46 tahun.

Setelah bertahun-tahun menunggu, beliau dan beratusan peneroka bandar Kampung Bukit Botak yang lain hilang harapan bahawa Kerajaan Umno-BN yang dahulu akan mengotakan janji dan membina rumah baru yang dinantikan.


“Dulu masa Umno mana pernah dapat. Dah lama tak dapat. Kata (nak buat) rumah RM 45,000 tak dapat, RM 25,000 tak dapat.

?Kata (nak dapat) tanah pun tak dapat,? kata Rajiah, yang sekarang berumur 73 tahun.

bukit botak 961 dis22 sisters 01

?Dah ada Menteri Besar ini baru dapat,? kata nenek yang mempunyai 21 orang cucu itu yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rapiah di antara 961 orang peneroka bandar Bukit Botak yang diberikan surat tawaran rumah di dalam satu majlis yang dirasmikan Abdul Khalid pagi tadi.

Sebanyak 1,422 unit di dalam skim perumahan itu yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan berharga RM 99,000, dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Seorang lagi penerima, Bukhari Ismail 52, berkata kejayaan merealisasikan impian peneroka Bukit Botak adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri.

?Dulu dengan karenah jadi tak jadi, jadi tak jadi. Sekejap jadi, sekejap tak jadi.

?Akhir sekali sekarang ni jadi. Kerajaan (Negeri) ini betul-betul prihatin. Terima kasih kepada kerajaan negeri, terutama sekali Menteri Besar Selangor.?

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Kampung Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.

bukit botak 961 dis22 zainol 01

Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Rumah berkembar yang ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard ini dibangunkan dengan rekabentuk moden dengan keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS sebagai pemaju projek turut menyediakan sebuah tapak masjid, sebuah tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.

Dianggarkan bahawa PKNS telah membelanjakan subsidi sebanyak
RM 79.6 juta untuk membangunkan Bukit Botak.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

JOIN THE DISCUSSION