Protes Petekma Didakwa Gadai Maruah Pemandu Teksi | Selangorkini


Protes Petekma Didakwa Gadai Maruah Pemandu Teksi

pemandu teksi himpunan PR 02

 

SHAH ALAM, 31 DIS : Tindakan Naib Presiden Petekma, Shahrin Abdul Aziz bersama beberapa ahlinya membuat demonstrasi dengan dakwaan membayar peserta protes sebanyak RM100 dilihat menggadai maruah pemandu teksi.


2012-12-27 20.12.01

Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) melakukan protes itu ketika berlangsungnya Himpunan Raksasa Pemandu-Pemandu Teksi Bersama Pimpinan-Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 27 Dis lepas.

Ia diadakan di depan pintu masuk Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ).

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, Himpunan Raksasa Pemandu Teksi tersebut diadakan adalah dalam bentuk Forum yang dihadiri oleh lebih kurang 2,000 orang pemandu seluruh negara.

Tujuannya adalah bagi membawa permasalah pemandu teksi yang berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun tanpa penyelesaian.

“Jika benar maklumat itu, ia amat memalukan di mana Petekma telah mengadai maruah pemandu teksi seluruh negara dengan tindakan sedemikian,” kata Amran dalam kenyataan medianya.

2012-12-27 21.39.36

Ujar Amran, semasa Forum itu, BBPTB mengemukakan permasalahan pemandu teksi berhubung sistem kupon, sewaan permit syarikat, permit khas kepada teksi bajet dalam program Duta Pelancongan, sekatan pembaharuan Kad Pemandu dan Teksi ?Ulat Arab?.

Turut diketengahkan juga ialah isu Baucer Tayar TR1MA yang tidak sampai kepada seramai 18,840 pemandu, insuran pihak ketiga kepada teksi serta Skim Perlindungan Perkeso untuk menjaga kebajikan kira-kira 79,571 pemandu teksi.

“Dalam himpunan tersebut, kita menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Selangor dalam usaha ke arah menjadikannya sebagai ‘Negeri Mesra Perkhidmatan Teksi’.

“Salah satu daripada lapan cadangan berkenaan adalah untuk menggazetkan kawasan Perhentian Teksi di mana sesuatu yang tidak pernah difikirkan pun oleh Petekma sendiri,” katanya.

2012-12-27 22.35.55

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Syarizat Xylog


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION