Tiga Beradik Melayu Tuntut Hak Sebagai Warganegara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Tiga Beradik Melayu Tuntut Hak Sebagai Warganegara

PUTRAJAYA 12 DIS : Jika sebelum ini permasalahan kad pengenalan tertumpu kepada masyarakat India, hari ini tiga beradik berbangsa Melayu tampil menuntut hak mereka sebagai warganegara Malaysia.

Abdul Hakam Rosli, 17, Liyana Rosli, 16 dan Noratika Rosli, 14 masing-masing dilahirkan di Hospital Port Dickson namun, sehingga kini masih menggunakan kad pengenalan merah.


Abdul Hakam menceritakan pengalaman mereka tiga beradik berkata, beliau memohon kad pengenalan warganegara berwarna biru sejak berusia 12 tahun namun hanya diberikan kad pengenalan berwarna merah pada usia 15 tahun.

“Kawan-kawan selalu ejek (mempersenda) sebab ada IC merah di sekolah. Masa peperiksaan terpaksa bayar lebih,” katanya yang juga abang kepada lima beradik.

Mereka yang datang hasil inisiatif yang dilakukan PKR Cabang Teluk Kemang kini tinggal bersama datuknya, Atan Samah di Batu 4, Port Dickson selepas bapa mereka meninggal dunia.

Difahamkan, ibunya merupakan warga negara Indonesia.

Sementara itu, seorang lagi pemilik kad pengenalan merah Gnanapregasam A/L Marian, 67 turut melahirkan kemarahan ekoran permohonan yang dilakukan lebih lima kali gagal.

Meskipun memiliki sijil kelahiran tempatan selain mendapat surat sokongan daripada biro pengaduan parti BN beliau masih menggunakan kad pengenalan merah yang diperoleh sejak zaman persekolahan.

“Surat beranak ada. Lima kali sudah mohon. Surat sudah hantar kepada Perdana Menteri, Najib (Razak) pun tidak ada (kad pengenalan).

“Bila lapor kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ada kes. Saya sudah tanya kes apa, dia cakap Perkara 16. Pergi Kementerian Dalam Negeri (KDN)JPN pun cakap Perkara 16.

“Sekarang saya kerja sebagai pengawal,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, beliau turut menyertai program MyDaftar di Batu Caves namun semuanya masih menemui jalan buntu.

Hampir 300 pemohon hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya sempena dengan ‘Himpunan Duduk Bantah 12-12-12’.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION