Selangorkini
NASIONAL

Bila Polis Kerjasama, HKR112 Berjalan Dengan Lancar, Aman dan Berpesta

HKR stadium merdeka baca doa

KUALA LUMPUR 12 Jan : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) membuktikan bahawa perhimpunan sedemikian rupa boleh berlangsung dengan aman, lancar dan bagaikan pesta apabila polis dan pihak berkuasa memberi kerjasama sepenuhnya.

Ini tidak seperti himpunan rakyat sebelum ini di mana pihak berkuasa bersikap keras dan tidak bertolak ansur sehingga mencetuskan huru-hara dan keganasan yang sebenarnya boleh dielakkan, kata peserta HKR112.

Seorang peserta, Lee Weng San, 55, berkata himpunan kali ini sangat meriah berbanding perhimpunan Bersih 3.0 pada April 28 kerana tiada provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak.

“Perhimpunan kali ini sangat ‘best’ kerana ramai rakyat pelbagai kaum yang hadir dan saya rasa kehadiran pada kali ini melebihi himpunan Bersih 3.0 lalu,” katanya ketika ditemui sejurus selesai perhimpunan itu di Stadium Merdeka hari ini.

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri rally Royalti KLCC 04Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.

Perarakan peserta yang bermula seawal 11 pagi daripada KLCC, Masjid Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.

Antara tuntutan HKR adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.

Seorang lagi peserta, Mohd Halim Ahmad, 61, berkata perhimpunan kali ini berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau yang datang dari Baling, Kedah berkata, perhimpunan berjalan lancar kerana polis bekerjasama sepenuhnya dengan mengawal lalu lintas dan tidak seperti apa yang terjadi semasa perhimpunan Bersih 3.0.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan semua peserta HKR dapat bersurai secara aman dan inilah yang kita mahukan kerana polis bekerjasama dengan kita,” katanya lagi.

HKR stadium merdeka signsBagi Rajeshwary Muniandy, 31, beliau memuji polis serta pasukan Unit Amal Malaysia kerana sedaya upaya menjaga keamanan sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

“Saya sanggup datang daripada Ipoh, Perak kerana ingin memberikan sokongan terhadap himpunan ini.

?Inilah semangat perpaduan yang ditunjukkan rakyat Malaysia yang prihatin kerana bersama-sama hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap HKR.?


Pengarang :