Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal

HKR 2013 stadium merdeka royalti 01
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Penglibatan secara ikhlas orang ramai di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) di Stadium Merdeka hari ini mengundang rasa iri hati setengah pihak yang cuba memfitnahkan objektif acara tersebut.

Antaranya adalah cubaan menyelit tuntutan kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan HKR112 seperti tuntutan membawa pulang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng ke Malaysia.

Terdapat juga percubaan untuk mencemarkan imej penganjur dengan sebaran pesanan ringkas (SMS) konnonnya petugas HRK112 dibiayai pihak tertentu.


MP Shah Alam, Khalid Samad dalam reaksi ringkas berkata, usaha-usaha tersebut gagal mencapai matlamat, sebaliknya rakyat yang hadir menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu penganjur menanggung kos perbelanjaan.

“Ini satu fitnah. Selain itu terdapat risalah ingin bawa balik Chin Peng.

“Banyak risalah disebarkan dan memberikan maklumat tidak tepat.

“Soal banyar adalah satu pembohongan sebaliknya yang hadir berikan sumbangan,” katanya kepada TV Selangor.

Pesanan ringkas yang diterima melalui talian 0192075670 dan disebarkan kepada peserta menyatakan:

“Perkembangan terkini – Dana untuk #KL112 sudah diterima semua peserta diminta berkumpul di pejabat PKR Tropicana bagi menerima RM150 dari wakil yang dilantik. Pergerakkan secara berperingkat Mulai 12 tengahari.?

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.

Perarakan peserta yang bermula seawal 11 pagi daripada KLCC, Masjid Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.

Antara tuntutan HKR112 adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION