Selangorkini
NASIONAL

Deepak Pernah Belanja RM 13 Juta Beli Barang Kemas Rosmah

Barang Kemas Rosmah 01

PETALING JAYA : Pangarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan invois pembelian barang kemas bernilai RM 13 juta untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh peniaga karpet Deepak Jaikishan.

Beliau mendakwa invois daripada dua buah syarikat di Hong Kong itu membuktikan bahawa Deepak membayar sebanyak RM 13 juta sebagai ganjaran dalam satu urus niaga tanah.

Beliau mengemukakan dokumen yang didakwanya diperolehi melalui orang tengah daripada Deepak.

Rafizi berkata pembelian 19 jenis barang kemas itu termasuk cincin, rantai dan subang berlian dilakukan dalam tempoh tiga bulan bermula Mac hingga Mei 2009, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Malah nama Rosmah tertera di dalam satu dokumen emel yang dihantar oleh kakitangan syarikat berlian terbabit.

Antara dokumen yang didedahkan Rafizi adalah emel invois pembelian berlian dari syarikat Dehres Limited dan Firestone Co. Ltd dan slip pembayaran melalui dua buah bank.

Kesemua barangan kemas itu dibayar oleh dua syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd dalam tempoh tiga bulan itu.

“Malah selepas disemak, syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan barang kemas sememangnya wujud dan beroperasi sejak tahun 2000.

“Jarang kemas yang dibeli itu wujud di dalam koleksi syarikat terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Sehubungan itu, pihaknya meminta Deepak mendedahkan dokumen asal dan menyeru agar Rosmah tampil memberi penjelasan.

“Kita mahu perkara ini disiasat dan pihak kami akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) minggu depan,” katanya.

Barang Kemas Rosmah 02 Barang Kemas Rosmah 03


Pengarang :