Hampir Semua Permohonan Untuk MyKad, Kewarganegaraan Selesai | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Hampir Semua Permohonan Untuk MyKad, Kewarganegaraan Selesai

Samseng MIC demo IC KP merah 04

SHAH ALAM 20 JAN : Hampir semua 1,300 permohonan untuk kewarganegaraan yang dihantar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sudah diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dr Xavier memaklumkan bahawa 85 peratus daripada 1,300 pemohon bakal mendapati pengikhtirafan kewarganegaraan yang akan membolehkan mereka diberi MyKad Biru.


Bagaimanapun, kira-kita 100 permohonan dikembalikan oleh JPN kerana butiran tidak lengkap dalam borang permohonan.

“Saya mendapat berita gembira ini oleh pihak JPN selepas mereka menyelesaikan urusan kajian mereka.

“Kita akan menghubungi 100 pemohon itu bagi memaklumkan perkara terbabit seterusnya mengisi semula borang permohonan itu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Dr Xavier menyerahkan borang permohonan warganegara dan MyKad Biru kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

Permohonan daripada rakyat Selangor yang masih tidak mendapat kewarganegaraan Malaysia dan MyKad biru. Ramai di antara mereka tidak mendapat kewarganegaraan walaupun ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri mereka memegang MyKad Biru.

Beliau menjangkakan lebih 3,000 penduduk di Selangor daripada berbagai kaum masih belum mendapat kewarganegaraan.

Jumlah tertinggi katanya, adalah dari Puchong di ikuti dengan Hulu Selangor dan Klang.

“Kita akan cuba membantu mereka atau mereka boleh datang berjumpa dengan saya bagi membolehkan kami mendapat maklumat pemohon,” katanya.

Di samping itu, Dr Xavier menggesa Kerajaan Persekutuan agar mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad setelah Mantan Perdana Menteri itu mengakui memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah pada tahun 1980-an.

“Kita pelik. Beliau melakukan perkara itu hanya untuk membeli undi bagi menyelamatkan BN di Sabah.

?Pendatang asing begitu mudah mendapatkan warganegara sedangkan penduduk yang lahir di Malaysia, tinggal di Malaysia seterusnya bekerja di Malaysia untuk kemajuan negara tidak diberi kewarganegaraan,” katanya.

Dr Xavier menambah tindakan beliau (Mahathir) seolah-olah mahu mencetuskan kemarahan antara kaum di negara ini.

“Dia seolah sengaja mencetuskan permasalahan antara kaum. Justeru, kita perlu berhati-hati dengan beliau,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Mahathir cuba menjustifikasikan perbuatannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara ?lebih teruk? dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak.

Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION