Iskandar Perkenal Polisi Pastikan Hanya Yang Layak Miliki RMM | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Iskandar Perkenal Polisi Pastikan Hanya Yang Layak Miliki RMM

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 01

KAJANG, 17 JAN : Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan Rumah Mampu Milik(RMM) yang dibina dimiliki oleh golongan yang benar-benar layak sahaja dan mengelakkan individu memiliki lebih daripada sebuah rumah berulang.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 02Polisi baru ini dinyatakan Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad sekaligus membuka ruang keutamaan kepada golongan berpendapatan dibawah RM5,000 memiliki rumah pertama mereka.


“Semua nama pemohon rumah mampu milik akan datang daripada Kerajaan Negeri untuk kawalan.

“Kita nak beri kepada mereka yang betul-betul berkemampuan.

“Yang penting kita tidak mahu kejadian ketika kerajaan terdahulu di mana ada yang beli kemudian jual selain memiliki beberapa rumah,” katanya.

Menurutnya, antara kriteria pemilikan RMM ini diberikan kepada golongan berkeluarga dan mereka yang mempunyai tanggungan.

Jelas Iskandar, Kerajaan Negeri juga memperolehi banyak permohonan memiliki rumah terutama daripada pasangan muda yang baru membina keluarga dan mempunyai anak pertama.

Kerajaan Negeri turut memberikan kuota kepada mereka yang mendaftarkan bayi mereka di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membina RMM menggunakan konsep rumah pasang siap dengan peruntukkan berjumlah RM50 juta.

“Baru baru ini Menteri Besar(Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mengumumkan kerajaan Selangor memperuntukkan RM50 juta untuk membina rumah mampu milik menggunakan konsep pasang siap.

“Kita melihat rumah yang murah, berkualiti dan cepat dibina. Itu sebab dalam 50 juta sebagai modal pertama untuk dibina. Kita jangka 2,000 rumah mampu milik.

“RM50 juta ini daripada rizab simpanan negeri berjumlah RM2.5 billion,” ujar beliau lagi.

Iskandar sebelum itu mengadakan lawatan kerja bagi melihat perkembangan projek RMM Jalan Sungai Long 12/2, Bandar Sungai Long.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 03

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION