Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

Isu Kalimah Allah, PR Bincang Minggu Depan

Anwar Isu Kalimah Allah 01

PETALING JAYA, 3 JAN : Pakatan Rakyat (PR) menetapkan untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible menerusi Mesyuarat Majlis PR yang bakal diadakan 8 Januari depan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Anwar berkata, isu tersebut boleh dibangkitkan semula walaupun PR sudah memutuskan belum mempunyai keputusan untuk meminda ketetapan yang dibuat sebelum ini.

“Kita sudah menetapkan mesyuarat Pakatan pada 8 Januari ini dan percaya ia boleh dibangkitkan walaupun perkara ini belum diputuskan untuk meminda keputusan lama.

“Pada 2010 kita sudah putuskan. Namun, sekiranya ada pihak yang bangkitkan dan kalau ada pandangan baru, kita tentu boleh bincangkan,” katanya.

Terdahulu, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam perutusan sambutan Hari Krismas beliau telah menggesa Kerajaan Pusat untuk membenarkan penganut agama Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu mereka.

Tindakan itu bagaimanapun menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak yang meminta Guan Eng menarik balik kenyataan yang dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.


Pengarang :