Kalau Nak Maju Macam Selangor, Sarawak Harus Pilih Pakatan Rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Admin Selangorkini

Kalau Nak Maju Macam Selangor, Sarawak Harus Pilih Pakatan Rakyat

1_Mb Ceramah Di Pekan Saratok

SARATOK, 14 JAN : Rakyat Sarawak disarankan supaya memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang supaya negeri mereka dapat mengecapi kemajuan seperti di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor bukan hanya terkenal sebagai negeri maju, malah rakyatnya juga berpeluang menikmati hasil kekayaan negeri sejak PR memerintah.


Bermula dengan pemberian air percuma 20 metre padu, Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor kini dapat merasai berbagai nikmat dari program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Malah jelasnya, simpanan tunai negeri juga kian meningkat kepada RM 2.5 bilion berbanding RM 400 juta semasa zaman pemerintahan Kerajaan 7_Mb sumbangan 4 buah surau saratokUmno-BN Selangor dahulu.

“Umno-BN kata negeri Selangor akan bangkrap kerana menggunakan rizab simpanan negeri untuk memberi air percuma dan pelbagai bantuan lain kepada rakyat.

?Sudah empat tahun kita laksanakan, tetapi negeri tidak bangkrap, malah hasil negeri terus meningkat.

“Kalau kita boleh laksanakan semua perkara ini di Selangor, mengapa tidak di Sarawak dan seluruh Malaysia?

?Jadi inilah masanya untuk rakyat membuat perubahan,” katanya semasa menyampaikan ceramah di Pekan Saratok, malam tadi.

Ceramah itu turut disertai Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Krian, Ali Biju.

Tambahnya, PRU-13 adalah masa terbaik untuk rakyat menolak Kerajaan Umno-BN dan memberi peluang kepada PR mengambil alih tampuk pemerintahan dengan membawa pembaharuan.

“Rakyat akan menerima lebih banyak manfaat jika PR memerintah. Kita sudah tunjukkan di Selangor.

4_Mb sumbangan 4 buah surau saratok?Kita sudah belanja RM 600 juta, tetapi rizab simpanan negeri masih banyak. Di Sarawak belum tentu lagi diberikan manfaat sebegini,” katanya lagi.

Sebelum itu, Abdul Khalid turut menyerahkan sumbangan bernilai RM 2,000 kepada empat buah surau di daerah tersebut bagi pelaksanaan sebarang aktiviti kemasyarakatan di situ.

Empat buah surau itu ialah Surau Silaturrahim, Surau Darul Iman, Surau Darul Taqwa dan Surau Cahaya Islam.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION